AUDUSD Analisa Fundamental Harian 7 Dis 2015

39

moshedfx-forex-malaysia-audusd-016

Aussie Dollar yang jatuh lebih 65 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah pada Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar 0.7280, kembali memacu naik lebih 100 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar 0.7385 pada sesi pagi New York, sebelum menutup sekitar paras 0.7340; setelah jualan runcit Australia yang memenuhi jangkaan membantu sokongan belian untuk Aussie.  Namun, laporan NFP Amerika Syarikat yang memberansangkan mengekang kenaikan lebih tinggi.

Aussie telah mencapai paras tujuh minggu tertinggi, setelah sebahagian besar para trader mengabaikan data tempatan yang lemah, dan menumpukan kepada pandangan kadar yang stabil. Dollar Australia mengetepikan angka dagangan yang mengecewakan dengan menunjukkan bahawa defisit mencapai $3.3 bilion pada bulan Oktober lalu; sebahagian besarnya disebabkan oleh kejatuhan sebanyak 3% dalam eksport.

[adrotate group=”6″]

Ketua strategi mata wang Westpac Sean Callow berkata, Dollar Australia pada mulanya jatuh selepas data perdagangan dilaporkan lemah. “Ia kemudian berlegar-legar di sekitar itu sebelum memacu lebih tinggi,”.  Aussie telah dapat menepis berita buruk eksport dengan mesej yang kukuh daripada Reserve Bank of Australia pada awal minggu, yang mengekalkan kadar; sekaligus mengekalkan daya tarikan dan permintaan untuk aset yang berkadar tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat