Aussie Dan Greenback Menjunam Dalam Sesi Asia

37

US Dollar hanyut dalam dagangan Sesi Asia  pagi ini sementara menantikan komen dari beberapa penggubal dasar mengenai tinjauan kadar faedah. Dalam masa yang sama, angka perdagangan Jepun juga dijangka akan dikeluarkan positif.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai berbanding enam matawang utama pada 99.55. USD/JPY menjunam sebanyak 0.07 peratus kepada 111.64 selepas Jepun melaporkan data eksport pada Februari meningkat kepada 11.3 peratus, mengatasi jangkaan kenaikan sebanyak 10.6 peratus, manakala import meningkat sebanyak 1.2 peratus.

AUD/USD didagang pada 0.7671, merosot sebanyak 0.26 peratus manakala GBP/USD didagang tidak banyak berubah pada 1.2479.

AUD/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit

Sementara itu, Presiden Fed Cleveland, Loretta Mester berkata bahawa dia kini membayangkan lebih daripada tiga kenaikan kadar faedah untuk tahun ini kerana ekonomi bergerak lebih kuat daripada ramalan.

Semalam, US Dollar merosot berbanding sekumpulan matawang pada Selasa gara-gara komen dovish daripada Fed tentang kenaikan kadar yang terus mempengaruhi sentimen. Selain itu, Sterling dan Euro didagang melonjak dalam dagangan semalam.

‘Lelaki Paling Berkuasa di Dunia’ Rockefeller, Meninggal Dunia Pada Umur 101 Tahun

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat