Aussie Dolar Tertekan Sejak Beberapa Sesi Lepas, GBP/AUD Naik 470 Pip Sejak Selasa

40

Dolar Australia dilihat melemah sejak sejak beberapa sesi dagangan yang lepas dengan tiada pemangkin yang mempengaruhi pelabur dan pemain pasaran untuk membeli matawang komoditi ini.

Harga komoditi seperti biji besi pula telah membuat penurunan sejak beberapa sesi lalu. Biji besi adalah komoditi Australia yang paling penting dan harganya dijangka akan membuat penurunan sekaligus menyebabkan pelabur menjual dolar Australia.

Berita dan laporan data U.S. yang dikeluarkan turut mengurangkan permintaan matawang Aussie. Sejak akhir-akhir ini, data-data ekonomi U.S. dilihat kukuh dan pelabur-pelabur semakin optimis pemotongan cukai U.S. akan berjaya pada Jumaat.

Data Australia yang terbaru agak baik tetapi tidak cukup untuk membawa Aussie lebih tinggi.

Permit bangunan di Australia meningkat dengan pelaburan perniagaan mencapai paras tertinggi pada suku ketiga 2017 dan penganalisis percaya dua data ini menunjukkan aktiviti ekonomi yang semakin baik.

Minggu depan Aussie akan berhadapan dengan berita penting di mana Reserve Bank of Australia (RBA) akan bermesyuarat pada Rabu dan diikuti dengan laporan data pertumbuhan ekonomi suku ketiga.

Jika bank pusat (RBA) memberi isyarat pengukuhan ekonomi walaupun dengan kebimbangan pertumbuhan gaji, ini akan melonjakkan Aussie di mana data yang kukuh juga akan memberi sentimen positif kepada pelabur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat