Aussie Dollar Masih Cenderung Ke Atas Selepas Laporan Ekonomi Pagi Tadi

105

Bank pusat Australia (RBA) bertanggungjawab dengan kenaikan Aussie dolar baru-baru ini. Dengan menggabungkan pasangan Aussie dolar dan matawang paling lemah GBP hari ini, pasangan GBP/AUD dilihat masih cenderung ke bawah.

Penetapan polisi monetari RBA pada Selasa menunjukkan bank pusat masih mengekalkan kadar faedah di paras 1.50% walaupun secara keseluruhan mereka masih optimis dengan keadaan ekonomi ketika ini.

Komen Gabenor Philip Lowe tentang keadaan semasa menunjukkan keadaan yang positif;

“Pelbagai petunjuk ekonomi menunjukkan pengukuhan pertumbuhan dalam pasaran pekerjaan di masa hadapan.”

“Terdapat laporan bahawa sesetengah firma merasakan adalah lebih sukar untuk mengambil pekerja dengan kemahiran yang perlu. Walaubagaimanapun, pertumbuhan gaji kekal rendah.”

“Ini akan berterusan buat masa ini, walaupun pasaran pekerjaan semakin kukuh sepatutnya menyebabkan kenaikan kadar gaji.”

Pertumbuhan kadar gaji yang perlahan telah menjadi masalah bank pusat, oleh itu sebarang kenaikan di masa hadapan akan meningkatkan potensi kenaikan kadar faedah pada 2018.

Jika pertumbuhan gaji semakin meningkat di masa hadapan dan dalam masa yang sama ucapan dibuat oleh pembuat polisi yang hawkish, kita bakal melihat kenaikan Aussie dolar.

Dari segi data ekonomi yang dikeluarkan pada Selasa, jualan runcit Australia melonjak naik pada bulan Oktober. Jualan runcit meningkat 0.5% pada bulan Oktober daripada bulan sebelumnya. Pertumbuhan ini merupakan pertumbuhan paling kukuh sejak Mei lalu dan mengatasi jangkaan penganalisis yang mensasarkan peningkatan 0.3%.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat