Aussie Rebah Berikutan Data Yang Mengecewakan Dari Australia!

48

Aussie rebah berikutan data akaun semasa dikeluarkan merosot daripada jangkaan awal. Reserve Bank of Australia mengumumkan semakan dasar terakhirnya pada tahun ini dan mengekalkan kadar tunai pada aras yang stabil iaitu 1.50 peratus.

AUD/USD didagang merosot sebanyak 0.18%, manakala USD/JPY menjunam 0.22%.

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

Di Jepun, data pendapatan purata meningkat sebanyak 0.1%.

Sementara itu di Australia, data akaun semasa bagi suku ketiga dilaporkan defisit sebanyak A$11.4 billion.

US Dollar Index yang melawan matawang utama kali terakhir dinilai pada 100.16.

Semalam, Dollar Kanada didagang berhampiran paras tertinggi enam minggu berbanding matawang utama yang lain pada Isnin berikutan kekuatan berterusan terhadap harga minyak mentah, disamping laporan pekerjaan domestik yang kukuh.

Data pada hari Jumaat juga melaporkan bahawa Kanada telah menambah peluang pekerjaan bagi 4 bulan berturut-turut. Bank of Canada juga dijangka akan mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat bulan ini.

Harga minyak yang lebih tinggi turut menyokong permintaan berterusan terhadap matawang loonie. Minyak mentah dan brent didagang mengukuh pada hari Isnin sejak minggu lepas.

Pengukuhan ini disebabkan persetujuan untuk membekukan bekalan minyak mentah oleh OPEC serta pengeluar utama komoditi hitam sejak minggu lalu.

 

Sektor Perkhidmatan UK Kembali Mengukuh!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat