Australia ‘Ajak’ Campur Tangan China Hentikan Serangan Rusia

1,144

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison telah menggesa campur tangan daripada China untuk menghentikan serangan Rusia ke atas Ukraine.

Hal ini kerana China telah lama mendakwa ia mempunyai peranan sebagai salah satu kuasa besar di dunia dan menjadi penyumbang kepada keamanan dan kestabilan global dan ia perlulah bertindak sejajar dengan dakwaannya.

Morrison juga mengatakan bahawa tiada negara yang akan mempunyai kesan lebih besar pada masa ini terhadap pencerobohan ganas Rusia ke atas Ukraine berbanding China.

Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden China, Xi Jinping telah bertemu di Beijing beberapa hari sebelum perang di Ukraine bermula, menyaksikan perjanjian persahabatan tanpa batasan meniti di bibir kedua-dua pemimpin itu.

Sejak itu, China telah mengelak daripada membuat kritikan langsung terhadap perang tersebut selain menyatakan simpati terhadap justifikasi Rusia dan enggan menyertai sekatan yang dilakukan oleh negara-negara Barat.

Dalam pada itu, Morrison menuduh Beijing memberikan bantuan ekonomi terhadap sekutunya dengan melonggarkan sekatan perdagangan ke atas import gandum Rusia.

Beliau juga menyuarakan kebimbangan mengenai sebuah firma China yang mengambil bahagian untuk menggantikan perkhidmatan sistem pembayaran Visa dan Mastercard yang telah dibekukan di Rusia, iaitu UnionPay.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat