Baca Ini Dulu Sebelum Trade Pada Sesi New York

911

Matawang utama terus memaparkan pengukuhan ketika pasaran mensasarkan tumpuan mereka kepada ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell pada malam ini yang dijangka akan menetapkan strategi baru bank pusat untuk memenuhi sasaran kestabilan harga dan pekerjaan penuh.

Pound sterling yang disokong oleh kelemahan US dolar, terus didagangkan kukuh di sekitar paras harga $1.32 pada sesi Eropah dengan tumpuan turut disasarkan kepada ucapan Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey pada malam esok.

Sementara itu, tindakan yang Canselor Jerman Angela Merkel mengeluarkan isu Brexit dari agenda pertemuan duta Kesatuan Eropah (EU) pada minggu depan berikutan kekurangan kemajuan dalam rundingan, pula gagal mempengaruhi matawang pound untuk menyusut.

Euro pula didagangkan dengan peningkatan sederhana walaupun kelemahan USD berbanding matawang utama terus diheret menjelang ucapan Powell.

Bagi matawang Asia, dolar Aussie dan kiwi pula terus diniagakan lebih tinggi meskipun pertikaian terbaru AS-China kem-bali mencetuskan kebimbangan terhadap hubungan dua negara itu.

Dalam pada itu, laporan mengenai Shinzo Abe akan terus menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri Jepun telah mendorong lonjakan US dolar berbanding safe haven yen sebentar tadi, sebelum kembali susut semula selepas itu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga bahawa Abe masih sesuai untuk menjalankan tugasnya sehingga akhir penggal ternyata mengejutkan pasaran buat seketika yang turut menantikan sidang media Abe pada Jumaat ketika tahap kesihatannya terus menjadi tanda tanya.

Pasangan matawang US dolar berbanding yen Jepun mencatatkan kenaikan sekitar 20 pips sebelum kembali menurun dengan diniagakan di sekitar paras harga 106.00.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat