Bagaimana Untuk Melabur Seperti Peter Lynch?

5,993

Peter Lynch merupakan seorang pelabur dan pengurus mutual fund terkemuka Amerika Syarikat dengan jumlah pendapatan sebanyak $352 juta. Selain itu, beliau juga dikenali sebagai penulis beberapa buah buku berkaitan pelaburan seperti ‘One Up On Wall Street’ dan ‘Learn To Earn’.

Berdasarkan pengalaman dan pencapaiannya dalam bidang pelaburan, terdapat 3 tips yang didedahkan oleh beliau buat para pelabur!

1. Elakkan 2 kesilapan ini!

Menurut Peter Lynch, ada 2 kesilapan yang sering dilakukan oleh para pelabur. Iaitu sanggup membeli saham syarikat yang berkembang dengan harga yang tinggi. Mengapa ianya dianggap sebagai satu kesalahan?

Hal ini demikian kerana industri yang berkembang dalam masa yang singkat akan menarik perhatian ramai pelabur lalu menyebabkan persaingan yang sengit.

Sementara itu, terdapat juga para pelabur yang membeli saham syarikat yang tidak berkembang hanya disebabkan harganya yang murah. Jika perniagaan tersebut tidak lagi berkembang, maka peluang untuk anda mengaut keuntungan adalah tipis.

2. Beli apa yang anda faham

Jika ingin melabur, Peter Lynch menasihatkan supaya para pelabur memilih syarikat, produk atau industri yang mereka fahami dan berminat dengannya. Berdasarkan minat dan kefahaman tersebut, anda akan cenderung untuk mengkaji tentang pelaburan yang bakal dijalankan dan meneliliti tentang syarikat atau industri berkenaan dengan lebih mendalam.

Melalui kajian tersebut, anda boleh memerhatikan tentang potensi syarikat berkenaan sekaligus mengkaji tentang prestasi pelaburan anda.

Sebagai contoh, jika anda memutuskan untuk melabur di salah sebuah restoran terkemuka, tetapi bilangan pelanggan yang berkunjung ke sana semakin berkurang maka ianya merupakan petanda yang buruk kepada pelaburan anda.

Jadi, portfolio anda akan memberikan gambaran terhadap minat, ilmu pengetahuan serta pengalaman anda. Justeru itu, anda perlu bijak dalam membuat pilihan apakah pelaburan yang sesuai untuk dijalankan.

3. Buat kerja rumah anda

Seperti Peter Lynch, beliau akan menganalisis beberapa buah syarikat, industri dan pasaran serta membina kefahaman terhadapnya. Melalui analisis berkenaan, beliau dapat membuat perbandingan dan memilih pelaburan yang terbaik.

Oleh itu, anda mestilah mengkaji terlebih dahulu dan melakukan banyak kerja rumah sebelum memutuskan untuk melabur. Jadi, untuk bergelar seorang pelabur yang berjaya, anda perlulah sentiasa menanamkan sifat disiplin dan rajin dalam diri.

Jangan sia-siakan peluang keemasan ini hanya kerana sifat negatif yang dimiliki.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat