Bajet 2018: Belanjawan Kerajaan Malaysia Ditingkatkan Bagi Merangsang Ekonomi Tahun Depan

255

Kerajaan Malaysia mengumumkan pengembangan bajet (expansionary budget) dalam pengumuman yang dibuat sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Expansionary budget bermaksud peningkatan dalam belanjawan kerajaan yang bertujuan untuk merangsang ekonomi.

Antara kenyataan beliau yang menarik perhatian rakyat Malaysia adalah seperti berikut: “Saya berdiri di sini untuk membawa berita gembira yang akan membuatkan anda tersenyum,” kata Najib di Parlimen.

Dalam pembentangan sebentar tadi, kerajaan Malaysia merancang untuk membelanjakan RM280.25 billion tahun depan berbanding bajet tahun 2017 yang berjumlah RM260.8 billion. Ini adalah satu peningkatan sebanyak 7.5%.

Najib memberi perumpamaan “Pengembangan Sederhana” kepada bajet yang beliau bentangkan hari ini. Hal ini sebenarnya telah dijangka oleh penganalisis di mana kerajaan memerlukan satu dana yang lebih besar untuk menjalankan projek infrastruktur sebelum pilihanraya umum.

Dengan ekonomi Malaysia yang semakin kukuh dari segi pertumbuhan ekonomi (GDP) dan hasil negara yang meningkat (peningkatan harga minyak mentah dunia), ia menepati jangkaan sejumlah pemerhati politik di Malaysia.

Walaupun dengan belanjawan yang lebih tinggi tahun depan berbanding 2017, bajet defisit dilihat semakin berkurangan. Bajet defisit berkurangan kepada 2.8% (RM39.8 billion) daripada pertumbuhan ekonomi (GDP), berbanding 3.0% (RM39.9 billion) pada 2017.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka berada di sekitar paras 5.2% – 5.7% tahun ini yang disokong oleh pengukuhan eksport dan juga pemulihan dalam harga minyak mentah dunia. Dalam laporan 2016, pertumbuhan ekonomi Malaysia hanya di paras 4.2%.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat