Bank Dunia: Malaysia Dijangka Capai Status Negara Berpendapatan Tinggi Seawal 2020

183

Bank Dunia menjangkakan Malaysia akan menjadi negara berpendapatan tinggi seawal tahun 2020. Dalam laporan terbarunya, unjuran Pendapatan Dalam Negara Kasar per kapita dijangka melebihi amaun pendapatan tinggi sebanyak RM49,923 (US$12,236) di antara tahun 2020 dan 2025.

Bank dunia meletakkan negara pendapatan tinggi perlu mempunyai pendapatan di paras US$12,236.

Malaysia ketika ini dianggarkan mempunyai Pendapatan Dalam Negara Kasar US$9,660.

Menurut laporan yang dikeluarkan minggu lalu, pertumbuhan ekonomi semakin pantas pada 2017 dengan pertumbuhan tahunan diunjur sebanyak 5.8% yang tertinggi sejak 2014.

Ekonomi juga dijangka kekal kukuh pada 2018 yang diunjur mencatat pertumbuhan 5.2%. Hal ini dipacu oleh pengukuhan permintaan domestik, kemajuan keadaan pasaran buruh, pertumbuhan gaji dan termasuk permintaan luar negara terhadap produk pembuatan dan eksport komoditi Malaysia.

Pengarah Bank Dunia cawangan Malaysia berkata kemajuan Malaysia sejak 20 tahun lalu banyak disumbangkan oleh oleh polisi yang berhemah selepas Krisis Kewangan Asia 1998.

“Kelangsungan pengurusan makroekonomi berhemah dan juga perubahan bagi mengukuhkan kemahiran, kompetitif dan kesaksamaan peluang akan membantu pengukuhan pertumbuhan ekonomi untuk keseluruhan rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah melalui akses kepada pekerjaan yang lebih baik,” tambah beliau.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, pengukuhan pertumbuhan ekonomi akan menghasilkan peluang perubahan struktur yang akan memacu pertumbuhan ekonomi ke paras lebih tinggi.

“Perubahan ini termasuk polisi yang meningkatkan produktiviti dan mengatasi halangan persaingan dalam pasaran utama dan juga kurangnya kemahiran yang diperlukan. Polisi tersebut akan menambah akses kepada pekerjaan bergaji tinggi untuk keluarga yang berpendapatan rendah,” kata Ulrich Zachau.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat