Bank Negara Serbu Sembilan Premis Koperasi Dinar Dirham Di Sekitar Lembah Klang

1,046

Premis Koperasi Dinar Dirham Bhd telah diserbu pada Selasa oleh Bank Negara, PDRM dan beberapa lagi agensi keselamatan.

Bank Negara dalam kenyataannya berkata Koperasi Dinar Dirham disyaki melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Serbuan bersama beberapa agensi kerajaan adalah usaha berterusan untuk membanteras aktiviti haram penipuan kewangan.

Bank Negara berkata telah menyerbu sembilan premis berkaitan dengan Koperasi Dinar Dirham di Kuala Lumpur dan Selangor di mana dokumen-dokumen yang berkaitan juga turut dirampas bagi membantu siasatan.

“Enam pengarah syarikat disyaki sebagai perancang dan ejen dalam mengambil deposit secara haram ditahan dan direman selama dua hari bagi membantu siasatan.”

Serbuan ini juga menyita lapan kenderaan yang bernilai sehingga RM1.5 juta dan bank negara turut membekukan 114 akaun bank yang mempunyai jumlah terkumpul sehingga RM15.3 juta di bawah AMLA. Turut disita adalah RM1.4 juta matawang asing dan juga 22.5 kilogram logam berharga.

Menurut Bank Negara, autoriti juga sedang bekerjasama dengan Brunei dalam siasatan operasi syarikat tersebut Brunei.

Individu yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 137(1) FSA boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil yang diperoleh melalui aktiviti atau instrumentaliti haram, ketika kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat