Bank of America Dakwa Solana Akan Menjadi “The Next Visa”!

661

Bank of America yakin Solana (SOL) akan menjadi Visa untuk ekosistem aset digital.

Dalam satu laporan yang diterbitkan pada Selasa, Bank of America yakin ciri skalabiliti, kos transaksi yang murah, dan pengaksesan mudah membantu Solana untuk tampil sebagai “the next Visa”.

Penganalisis ada mendedahkan penerimaan Solana di dalam pasaran sangat kukuh sejak pelancarannya pada 2020.

Difahamkan Solana telah memproses lebih 50 bilion transaksi, manakala Visa mencatatkan rekod transaksi sebanyak 164.7 bilion.

Solana juga menyaksikan lebih $11 bilion jumlah nilai terkunci (total value locked, TVL) dan telah menghasilkan lebih 5.7 juta non-fungible token (NFT).

Jika dibandingkan dengan Ethereum, Solana lebih menekankan skalabiliti dan kurang desentralisasi. Tetapi Ethereum lebih pentingkan desentralisasi dan sekuriti, kurang pula fokus terhadap skalabiliti.

Maka, tidak hairanlah mengapa rangkaian ini kerap berhadapan dengan isu kos gas yang mahal dan kesesakan aktiviti.

Bank of America tidak teragak-agak mendakwa Solana akan mengatasi saham pasaran Ethereum dan akan menjadi kegilaan pembangun dan pelabur pada masa akan datang.

Tetapi betul ke jangkaan Bank of America ni? Ye lah, Solana dah banyak sangat berhadapan dengan isu rangkaian, terutama masalah serangan DDoS.

Boleh juga cekidaut perkongsian Bro Trader pagi tadi berkaitan Solana:

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat