Bank of Canada Dijangka Mengekalkan Kadar Malam Ini

33

Bank of Canada (BoC) akan membuat kenyataan penetapan kadar pada pukul 11 malam ini waktu Malaysia. Bank pusat Kanada ini dijangka akan mengekalkan kadar (Overnight rate) di paras 0.5% berikutan ketidaktentuan yang masih menyelubungi persekitaran ekonomi.

Pada mesyuarat Oktober lepas, bank pusat menggambarkan kepada umum bahawa mereka sangat hampir untuk mengumumkan pelonggaran monetari (monetary easing), tetapi ahli majlis BoC mahu menunggu lebih bukti-bukti petunjuk ekonomi sebelum membuat tindakan.

Petunjuk ekonomi (indicator) Kanada dilihat bercampur-campur sejak mesyuarat Oktober dengan prestasi inflasi yang kurang baik masih di bawah paras sasaran 2.0%. Data pengangguran pula kukuh pada November dengan kadar pengangguran susut dari 7.0% kepada 6.8% berikutan peningkatan gunatenaga dalam pasaran buruh sebanyak 10,700 orang.

Walaubagaimanapun, pekerjaan sepenuh-masa masih merosot pada bulan sama. Defisit perdagangan merosot mendadak pada Oktober walaupun eksport masih mengecewakan.

Sejak mesyuarat BoC pada Oktober, berlakunya perubahan besar dalam pasaran dunia yang menyaksikan lonjakan hasil-bon (bond-yields) dan harga minyak dunia disebabkan keyakinan kepada pengurangan jumlah penawaran komoditi ini dalam pasaran. Kemenangan Trump pjuga telah memberi ketidakpastian dalam perdagangan Kanada.

Sebarang kenyataan berkaitan sektor perumahan oleh BoC akan menjadi perhatian. Hal ini kerana pasaran mahu mendapatkan bukti-bukti halangan pinjaman dalam sektor perumahan yang memberikan impak kepada ekonomi. Pasaran juga mahu melihat sama ada risiko dalam sektor ini telah berkurangan ataupun tidak.

Secara keseluruhan, kebarangkalian untuk BoC mengekalkan kadar adalah tinggi. Isu utama yang perlu diberi perhatian adalah pandangan terkini tentang inflasi dan sama ada risiko ekonomi telah stabil atau tidak. Dijangkakan, pihak BoC akan mengekalkan pendirian neutral dengan menunggu lebih bukti ekonomi sebelum membuat keputusan pelonggaran polisi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat