Bank of Canada Menaikkan Kadar Faedah Kepada 0.75%, Usd/Cad Junam 100 Pip!

69

Bank of Canada (BoC) menaikkan kadar faedahnya pada Rabu buat kali pertama dalam tempoh hampir tujuh tahun yang menjadikan ia bank pusat pertama mengikuti jejak Federal Reserve dalam kitaran pengetatan polisi monetari.

Bank of Canada menaikkan kadar faedah kepada 0.75% yang sememangnya telah dijangka. Bank pusat juga menaikkan kadar bank kepada 1% dan kadar deposit kepada 0.5%.

Kenaikan kadar faedah ini adalah yang pertama di bawah Gabenor Stephen Poloz yang mengambil tampuk pentadbiran bank pusat daripada Mark Carney yang berpindah ke Bank of England.

Jangkaan kepada kenaikan kadar faedah semakin tinggi sejak setahun yang lalu selepas timbalan gabenor Wilkins mengatakan “bank pusat akan membincangkan sama ada polisi semasa masih diperlukan”.

Bank pusat juga menjelaskan faktor yang menyebabkan kelemahan data baru-baru ini hanya sementara.

“Perubahan kepada harga minyak yang rendah telah selesai, kata bank pusat dalam kenyataan awal.

Pasaran ketika ini menunggu sidang media Gabenor Poloz yang akan diadakan pada pukul 11.15 pm.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat