Bank Pusat Australia Dijangka Akan Mengekalkan Kadar Pada Mesyuarat Dasar Mei Ini!

48

Satu tinjauan Reuters terhadap ahli ekonomi menunjukkan bahawa Bank Pusat Australia dijangka akan mengekalkan kadar tunai kepada rekod terendah sebanyak 1.5 peratus dalam mesyuarat dasar bulanannya pada minggu depan.

Semua 65 ahli ekonomi yang ditinjau oleh Reuters meramalkan bahawa RBA akan mengambil tindakan tersebut pada 2 Mei ini selepas dua kali potongan kadar yang dilakukan tahun lepas.

Walaupun majoriti daripada mereka meramalkan prospek kadar akan kekal dalam tempoh setahun akan datang, 23 responden lagi menjangkakan kenaikan kadar pada pertengahan tahun depan.

Dalam tinjauan terbabit, kesemua ahli ekonomi tersebut ditanya mengenai hala tuju kadar tunai selepas mesyuarat dasar nanti dan prospek kadar pada akhir bulan Jun tahun depan.

Sentimen Pasaran Masih Belum Pulih, Minyak Mentah Rugi Buat Minggu Kedua Berturut-Turut

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat