Sentimen Pasaran Masih Belum Pulih, Minyak Mentah Rugi Buat Minggu Kedua Berturut-Turut

46

Harga minyak meningkat pada hari Jumaat namun masih berada di landasan unutk mencatat kerugian buat minggu kedua berturut-turut kerana kebimbangan mengenai perjanjian pemotongan pengeluaran yang diterajui oleh OPEC gagal mengetatkan pasaran.

WTI mentah diniagakan pada $49.40 setong serta meningkat sebanyak 43 sen atau 0.88 peratus daripada penutup sebelum ini. Walau bagaimanapun, WTI mentah mencatat kerugian mingguan hampir 8 peratus daripada puncak tertinggi yang direkod pada April.

Brent mentah pula dicatat melonjak sebanyak 42 sen atau 0.82 peratus. Komoditi ini menjunam kira-kira 8.5 peratus daripada angka tertinggi yang dicapai pada bulan ini.

Peningkatan harga hari ini disokong oleh tindakan OPEC yang dikatakan berminat untuk mempertimbangkan perjanjian yang akan memastikan masalah lebih bekalan api dapat diatasi.

OPEC dan pengeluar lain termasuk Russia telah mengikat perjanjian sebelum ini untuk mengurangkan kira-kira 1.8 juta tong minyak mentah sehari pada separuh pertama tahun ini. Namun, OPEC dikatakan masih berada di dalam tekanan untuk melanjutkan perjanjian sedia ada memandangkan peningkatan bekalan di tempat lain.

Isu lambakan stok masih berterusan berikutan lonjakan pengeluaran dari AS yang dikatakan meningkat sebanyak 10 peratus sejak pertengahan 2016 kepada 9.27 juta tong sehari.

Perunding Rystad Energy juga menjangkakan pengeluaran minyak syal AS akan berkembang sebanyak 100,000 tong sehari bagi setiap bulan untuk sepanjang tahun ini sehingga 2018.

Di luar Amerika Syarikat, kenaikan output minyak dari Libya juga menambah luka buat pasaran setelah negara tersebut dikecualikan daripada perjanjian.

Menurut ANZ Bank dalam satu kenyataan, walaupun inventori telah mula jatuh, stok minyak mentah kekal berada di paras yang agak tinggi pada kira-kira 2.98 juta tong dengan purata penggunaan 62 hingga 65 hari setong.

Angka ini lebih tinggi daripada paras penggunaan 55 hari setong yang ingin dicapai oleh Arab Saudi.

Jepun Tidak Akan Berkompromi Dengan AS Mengenai isu-Isu Perdagangan : Nikkei

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat