Bank Pusat Eropah (ECB) Wajar Diberi Pujian! : Menteri Ekonomi Jerman

59

Bank Pusat Eropah (ECB) dikhabarkan telah menjalankan tugas dengan baik dalam mengawal selia dasar kewangan yang memenuhi keperluan kesemua 19 ahli Zon Eropah biarpun masing-masing dikatakan mempunyai keperluan tersendiri.

Pujian ini disuarakan oleh Menteri Kewangan Jerman, Wolfgang Schaeuble pada Selasa.

Beliau juga berpendapat bahawa data inflasi yang semakin meningkat dalam blok berkenaan yang mencecah 2 peratus pada Februari menunjukkan tanda-tanda pemulihan terhadap ekonomi Zon Eropah.

Menurut Schaeuble di Kementerian Kewangan, data inflasi langsung tidak mengejutkan beliau. Namun, apa yang lebih penting, peningkatan ini menunjukkan bahawa pemulihan ekonomi Eropah sentiasa berterusan.

Dalam masa yang sama, beliau juga mempunyai pandangan agar ECB “berehat” dari program pengembangan dasar.

Namun begitu, menurut satu tinjauan Reuters minggu lepas, ECB dikatakan tidak mungkin akan memberi isyarat untuk menghentikan program pelonggaran dasar monetarinya sehingga akhir tahun ini ataupun awal tahun 2018.

Data Perdagangan di Kanada Positif, Loonie Mengukuh Berbanding Greenback!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat