Data Perdagangan di Kanada Positif, Loonie Mengukuh Berbanding Greenback!

57

Dollar Kanda didagang lebih kukuh berbanding US Dollar pada Selasa apabila data domestik menunjukkan lebihan dagangan bagi bulan ketiga berturut-turut pada bulan Januari.

Dollar Kanada dinilai pada C$1.3416 berbanding matawang Greenback atau sebanyak 74.55 sen.

Menurut ahli strategi matawang di Scotiabank, Eric Theoret, keputusan Fed dalam menaikkan kadar akan menjadi lebih jelas selepas data pekerjaan dikeluarkan minggu ini.

Pelabur akan meneliti pertumbuhan pekerjaan AS termasuk data gaji swasta dan NFP yang akan mengukuhkan pandangan pasaran terhadap prospek kenaikan kadar yang bakal diumumkan oleh Fed dalam mesyuarat penting minggu depan.

Data pekerjaan Kanada juga dilapor akan dikeluarkan pada Jumaat walaupun Bank of Canada secara umumnya akan mengekalkan dasar monetari walaupun kebanyakan data dikeluarkan positif sejak kebelakangan ini.

Memetik kenyataan Paul Ferley, Penolong Ketua Ekonomi di Royal Bank of Canada, kebimbangan Kanada sekarang ialah prospek perlindungan perdagangan di Amerika Syarikat.

Hal ini kerana, Kanada menghantar kira-kira 75 peratus daripada eksportnya ke Amerika Syarikat dan boleh mengalami kesan yang teruk jika Amerika Syarikat melaksanakan cukai sempadan seperti yang dicadangkan dalam rundingan semula perjanjian NAFTA nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat