Bank Pusat Kanada (BoC) Mengekalkan Kadar Pada 0.50%

40

Bank Pusat Kanada (Bank of Canada, BoC) menepati jangkaan pasaran dengan membiarkan kadar faedah di paras 0.50%. Ramalan ekonomi BoC secara keseluruhan tidak berubah dan menyatakan polisi monetari semasa masih sesuai ketika ini.

Menurut bank pusat, ketidaktentuan (uncertainty) dalam ekonomi global ketika ini, berpunca dari perkembangan politik di US. Andaian BoC sebelum ini yang meramalkan peningkatan ekonomi US adalah disebabkan rangsangan fiskal yang dijanjikan Trump.

Ekonomi Kanada ketika ini terus beroperasi dengan ‘material excess capacity‘, yang bermaksud pengeluaran (output) sebenar yang rendah dari kadar optimum. Selain itu, masih terdapat sedikit kepincangan dalam pasaran buruh walaupun sebelum ini jumlah pekerjaan semakin bertambah.

Secara keseluruhan, bank pusat meramalkan pertumbuhan ekonomi (KDNK/GDP) meningkat 2.10% pada 2017 dan 2018 yang menggambarkan ekonomi akan beroperasi dalam kapasiti-penuh (full-capacity) dalam pertengahan 2018.

Inflasi di Kanada pula sejak akhir-akhir ini merekodkan bacaan rendah daripada jangkaan sejak Oktober yang disebabkan oleh kejatuhan harga makanan dengan inflasi-teras (core-inflation) di bawah 2.00% berikutan ‘excess capacity‘. Walaubagaimanapun, BoC masih menjangkakan inflasi bergerak menghampiri sasaran 2.00% beberapa bulan akan datang.

Bank of Canada kali ini tiada menyebut tentang polisi The Fed dalam kenyataannya dan laporan keseluruhan dilihat lebih optimis. Hal ini menunjukkan potensi kepada pelonggaran polisi monetari semakin berkurangan dengan keyakinan dalam ekonomi Kanada ketika ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat