Bank Pusat New Zealand Melonggarkan Polisi Monetari

53

Sebentar tadi Bank of New Zealand (RBNZ) iaitu Bank Pusat New Zealand telah memotong kadar bank pusat sebanyak 25 mata asas (basis point) daripada 2.00% kepada 1.75%. Keputusan yang diambil adalah sejajar dengan jangkaan penganalisis ekonomi. Untuk rekod, kadar yang diteteapkan hari ini adalah yang terendah.

Dalam kenyataan RBNZ, walaupun polisi yang dijalankan kekal akomodatif (accommodative), namun ramalan semasa terhadap polisi semasa (pemotongan kadar bank) akan menyumbang kepada pertumbuhan yang cukup kukuh untuk membawa kadar inflasi menghampiri kadar yang telah disasarkan. Polisi akomodatif ialah tindakan bank pusat menambahkan jumlah wang dalam ekonomi (contoh: menurunkan kadar bank) untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Menurut RBNZ, inflasi harga-rumah masih lagi di atas kadar yang sepatutnya dan memberikan kerisauan kepada kestabilan pasaran kewangan. RBNZ melihat hal ini di Auckland yang menunjukkan kadar yang sederhana tetapi permintaan dan penawaran yang tidak stabil.

RBNZ juga mendapati kadar inflasi pada suku ketiga masih lemah dan menjangkakan inflasi tahunan meningkat pada suku keempat berikutan pengukuhan ekonomi domestik dan pengurangan tekanan ke bawah (downward-pressure) terhadap harga barang.

Dalam tempoh kenyataan polisi dibuat, dollar New Zealand dilihat menguat (NZD/USD) yang naik hampir 100 pip daripada paras terendah hari ini 0.7265 kepada 0.7360. Pun begitu, pada masa artikel ini ditulis NZD/USD turun semula hampir 70 pip dari 0.7360 ke 0.7293.

Sumber: Trading View
Sumber: Trading View

Pihak RBNZ masih lagi mengambil berat tentang kadar tukaran wang bagi dollar New Zealand yang dianggap masih tinggi untuk pertumbuhan ekonomi yang seimbang. Kadar tukaran menjadi tumpuan dan kerap dikatakan dalam kenyataan polisi monetary pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat