Barclays Rugi 1.4 Billion Pound Dengan Peningkatan Kos Operasi

45

Bank Barclays kerugian sehingga 1.4 billion pound untuk suku tahun kedua, selepas harga Pembayaran Insurans Perlindungan (PPI) meningkat dan juga disebabkan oleh kerugian pada penjualan unit di Afrika.

Pendapatan Barclays juga jatuh 15% kepada $5.06 billion, di mana ‘nisbah kos kepada pendapatan’ meningkat daripada 71% kepada 72% pada tempoh sama tahun ini. Ini menunjukkan peningkatan kos operasi di dalam syarikat ini.

Dalam kenyataan CEO Jess Staley hari ini, “Perniagaan kami adalah stabil, penstrukturan semula selesai, nisbah pendapatan berada di sekitar sasaran, dan pengawasan terhadap masalah dalaman syarikat terkawal, jadi fokus kami sekarang adalah kepada pemegang saham: meningkatkan pulangan mereka.”

Barclays melaporkan pembayaran $700 juta pound pada tuntuan Pembayaran Insurans Perlinduangan (PPI) pada separuh tahun pertama. Jumlah tersebut meningkat daripada $400 juta pound tahun lepas. Pemberi pinjaman juga kerugian $2.2 billion pound pada jualan mereka yang beroperasi di Afrika.

Pendapatan dalam pelaburan di Barclays juga menurun 10% manakala keuntungan mereka pula jatuh satu per tiga.

Barclays susut 1.54% dalam penutupan sesi dagangan Khamis di New York Stock Exchange (NYSE).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat