Bayaran Sehingga £ 50 Billion Sebelum Meninggalkan EU Bukanlah Suatu Idea Yang Bernas : Davis

45

Menteri Brexit, David Davis merasakan bahawa Kesatuan Eropah tidak mungkin memaksa Britain membayar sejumlah wang yang besar iaitu sebanyak £ 50 Billion ($ 62 Bilion) sebagai sebahagian daripada proses yang perlu dipatuhi sebelum meninggalkan blok terbabit.

Beliau juga menambah bahawa zaman UK untuk membayar sejumlah wang yang besar ke Brussels akan berakhir tidak lama lagi. Kenyataan ini merujuk kepada peruntukan yang mesti disumbangkan oleh semua anggota blok selagi mereka bernaung di bawah blok.

Laporan Media British menganggarkan bahawa Britain terpaksa membayar sekitar 50 hingga 60 Pound sebagai bayaran komitmen rundingan, sebelum melangkah keluar dari blok.

Setakat ini, Britain masih tidak menerima apa-apa arahan daripada Suruhanjaya. Namun begitu, Davis memberitahu saluran ITV bahawa kerajaan akan mengambil pendekatan mudah dengan mematuhi semua kewajipan yang ditetapkan. Hal ini memandangkan Britain merupakan negara yang mematuhi undang-undang.

Menurut beliau lagi, Britain akan memenuhi tanggungjawab tersebut, bagaimanapun tidak menjangkakan jumlah yang begitu besar.

Beliau juga menambah bahawa era pembayaran sejumlah wang yang besar kepada kesatuan juga akan berakhir sebaik sahaja UK meninggalkan blok tersebut.

Prinsip “America First” Tidak Relevan! : Menteri Ekonomi Jerman

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat