Beberapa Data Penting Mengubah Haluan Matawang Dalam Sesi Asia!

36

Dalam sesi Asia hari ini, kiwi mengukuh setelah bank pusat menekankan risiko pasaran perumahan dalam laporan kestabilan kewangan terbarunya hari ini.

NZD/USD didagangkan melonjak sebanyak 0.74%. Di tempat lain, USD/JPY juga meningkat sebanyak 0.38% kepada 112.37, manakala AUD/USD meningkat sebanyak 0.05%.

NZD/USD, 30 minit
NZD/USD, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit

Di Jepun, pengeluaran perindustrian dicatat lebih tinggi sebanyak 0.1% pada bulan Oktober.

Dalam masa yang sama, Australia turut melaporkan data jualan rumah baru bagi bulan November dan kelulusan pembinaan merosot daripada yang dilaporkan. Walaupun begitu, data kredit sektor swasta mencatat lonjakan sebanyak 0.5 peratus.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding sekumpulan matawang utama yang lain kali terakhir dinilai pada 101.01.

Semalam, US Dollar mengurangkan keuntungan, namun masih disokong oleh data AS yang kuat sekli gus meningkatkan keyakinan terhadap kekuatan ekonomi.

Data rasmi menunjukkan bahawa anggaran keluaran dalam negara kasar AS bagi suku ketiga meningkat 3.2%.

Disamping itu, Lembaga Persidangan AS meramalkan bahawa Indeks Keyakinan Pengguna meningkat kepada 107.1 bulan ini daripada bacaan bulan Oktober.

Data ini bakal menambah keyakinan terhadap prospek ekonomi AS berikutan jangkaan pertumbuhan ekonomi an inflasi di bawah dasar Donald Trump.

Selain itu, data-data ekonomi yang semakin kuat juga memungkinkan potensi kenaikan kadar oleh Fed pada mesyuarat dasar Disember nanti.

Pandangan Terkini Gabenor Mengenai Pasaran Kewangan di Malaysia

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat