Pandangan Terkini Gabenor BNM Tentang Pasaran Kewangan Malaysia

77

Semalam (28 November 2016), Gabenor BNM, Muhammad Ibrahim berucap di dalam Program Ketua Perbankan Global. Antara isi penting yang dikatakan beliau ialah perkembangan dalam pasaran kewangan Malaysia.

Gabenor menyentuh tentang perkembangan terbaru dalam pasaran tukaran Ringgit yang mengatakan BNM yang akan mengukuhkan lagi pasaran daripada diganggu aktiviti spekulasi. Beliau masih lagi menegaskan tukaran matawang hendaklah berdasarkan realiti ekonomi Malaysia.

Gabenor mengatakan bahawa aktiviti dagangan Ringgit di non-delivarable forward (NDF) tidak boleh diambil ringan. Aktiviti ini dapat kita spesifikasikan sebagai external shock kepada Ringgit Malaysia.

Bagi negara kecil dan ekonomi yang begitu terbuka seperti Malaysia, kita menghadapi cabaran yang unik. Volatility (turun-naik) dalam pasaran kewangan memberikan kita cabaran yang begitu besar dan oleh sebab itu setiap pemain pasaran dan produk dalam ekonomi kita mestilah terbuka, adil dan saksama dan mengikuti peraturan yang ditetapkan.

Gabenor BNM menegaskan sudah sampai masanya untuk menetapkan undang-undang terutamanya bagi mereka yang berada dalam pasaran NDF, agar mereka lebih telus (transparent).

Dalam perkembangan terbaru, tindakan yang dibuat oleh BNM baru-baru ini bukanlah baru. BNM telah mengambil langkah-langkah pengekangan aktiviti spekulasi NDF ini sejak tahun 2010. Ia merupakan tanggungjawab BNM untuk memastikan pasaran tukaran matawang dan orang awam sentiasa meyakini pasaran kewangan domestik.

 

Adakah Rizab Asing BNM Mencukupi Untuk Terus Melawan Kejatuhan Ringgit?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat