Bekalan Top Glove Kritikal Jika Penangguhan Pekerja Asing Diteruskan

465

Keputusan Malaysia untuk menangguhkan kemasukan pekerja asing sehingga hujung 2020 nampaknya tidak disambut baik seperti yang dijangka khususnya syarikat pembuat sarung tangan terbesar, Top Glove Corporation Bhd.

Pengerusi Top Glove, Tan Sri Dr Lim Wee Chai berpendapat keputusan yang dilakukan kerajaan merupakan satu tindakan tidak wajar dan mengurangkan persaingan Malaysia.

Top Glove bergantung besar terhadap pekerja asing dengan jumlah keseluruhan pekerja mereka seluruh dunia ialah 19,000 dan cuma 2,500 sahaja merupakan pekerja dan staf lokal.

Seorang pekerja migran Britain ada menjelaskan bahawa persekitaran yang panas dan tidak selesa di tempat kerja tersebut mendorong kepada pekerja tempatan menolak peluang pekerjaan.

Kebanyakan pekerja tempatan tidak bertahan dalam tempoh yang lama, berbeza dengan pekerja asing yang sanggup bekerja keras walaupun pada kadar bayaran rendah.

Susulan daripada itu, Wee Chai berharap pihak kerajaan membatalkan keputusan tersebut dan membuka peluang kemasukan pekerja asing sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat pada 1 September.

Sebelum ini pihak mereka beroperasi pada kapasiti 80%-85%, berbeza sejak kemunculan wabak pandemik menyebabkan mereka terpaksa beroperasi lebih dari 100% untuk memenuhi permintaan pasaran yang tinggi.

Justeru, dengan jumlah sekarang tenaga kerja sebenarnya tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan tinggi sarung tangan getah yang melonjak mendadak kerana coronavirus yang melanda.

Berikutan permintaan tinggi terhadap peralatan perlindungan peribadi (PPE), Top Glove merekodkan keuntungan RM575 juta pada Mei dan menyaksikan lonjakan saham di Bursa Malaysia didagangkan melepasi RM20 berbanding bawah paras RM5 pada Januari lalu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat