Bekas Pengerusi SEC Dakwa Bitcoin Bakal Berhadapan Dengan Undang-Undang Baru

2,015

Sedar atau tidak, sudah lama rupanya isu Bitcoin tidak diklasifikasikan sebagai sekuriti tular dalam komuniti kripto.

Dalam pendedahan terbaru menerusi Squawk Box CNBC pada 31 Mac, bekas pengerusi Securities and Exchange Commission (SEC) Amerika Syarikat (AS), Jay Clayton memberitahu status matawang kripto itu sebagai bukan sekuriti (non-security) masih lagi belum melindunginya daripada dikenakan peraturan baru yang mana dijangka akan berlaku tidak lama lagi.

Tetapi, kenapa baru sekarang?

Clayton menjelaskan aset itu telah diisytiharkan sebagai bukan sekuriti sebelum dia menggalas jawatan pengerusi SEC. Maka disebabkan itu, perhatian SEC terhadap Bitcoin dianggap secara tidak langsung (indirect).

Sebagai rekod, Clayton mengundur dari jawatan pengerusi pada Disember 2020 susulan daripada peralihan pentadbiran bekas presiden AS, Donald Trump kepada pemerintah semasa, Joe Biden. Buat masa sekarang, Clayton menggalas jawatan sebagai penasihat matawang kripto di One River Asset Management.

Jelasnya lagi: “Saya bercakap sebagai sebahagian daripada masyarakat, undang-undang tersebut akan tiba dalam sektor ini baik secara langsung atau tidak, sama ada melalui bagaimana peraturan ini diuruskan di bank, akaun sekuriti, percukaian dan seangkatannya.”

Dakwaan Clayton hadir seminggu selepas pengurus pelindung nilai dana, Ray Dalio memberi amaran bahawa AS mungkin akan menyekat pemilikan Bitcoin sama seperti yang berlaku terhadap emas pada 1930.

Komennya itu juga telah menarik perhatian komuniti kripto ketika Ripple membuat rayuan kepada SEC bagi mendapatkan dokumen untuk menentukan sejauh mana Bitcoin dan Ethereum bukan sekuriti.

Sebagai rekod, firma itu dan penyokongnya menegaskan XRP bukan sekuriti namun dakwaan itu disangkal SEC kerana matawang kripto itu semakin berpusat (centralized).

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat