Benarkah Rundingan Brexit Bakal Memakan Masa Sehingga 10 Tahun Lagi?

44

Perjanjian Brexit diantara UK dan EU mungkin memakan masa sehingga 10 tahun lagi untuk diselesaikan. Hal ini disuarakan sendiri oleh Duta Britain ke EU secara peribadai kepada kerajaan.

Sir Ivan Rogers juga mengatakan bahawa proses rundingan ini akan berlarutan sehingga pertengahan 2020 dan mungkin juga bakal menemui jalan buntu.

Pada bulan Oktober lalu, Sir Ivan Rogers yang bertindak menjalankan rundingan antara David Cameron dengan Kesatuan Eropah mengatakan rundingan bersama dengan 27 negara lain dalam kesatuan ini boleh mengambil masa yang lama sehingga berdekad lamanya.

Apa yang lebih menjadi tumpuan pemimpin Eropah ketika ini hanyalah perjanjian perdagangan secara bebas dan bukannya keahlian berterusan terhadap pasaran tersebut.

Pendirian Sir Ivan ini ternyata berbeza dengan menteri Britain yang lain apabila mereka berpendapat bahawa perjanjian ini boleh dilakukan, hanya dalam tempoh 2 tahun dengan mencetuskan Article 50 dalam proses rasmi Britain meninggalkan EU.

Nishimura Menyifatkan Kejatuhan Yen Sebenarnya Baik Buat Ekonomi Jepun

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat