Berkecamuk Carta GBP/USD Terkena Penangan Data CPI UK

364

Menarik untuk dibicarakan tentang pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD Rabu semalam susulan terbitan data penting.

Indeks harga pengguna (CPI) UK yang terbaru mencatatkan angka 10.1% berbanding ramalan untuk sedikit susut kepada 9.8% daripada bacaan sebelum ini 10.4%.

Inflasi yang masih tinggi di UK menjadi suatu kebimbangan dan pasaran menjangkakan kenaikan kadar faedah masih perlu diteruskan oleh Bank of England (BOE) pada mesyuarat polisi selepas ini.

Mata wang Pound terus melonjak sebaik sahaja data tersebut diterbitkan di awal sesi Eropah semalam.

Meneliti carta GBP/USD, harga pada mulanya berlegar perlahan di sesi Asia menghampiri paras 1.24000 yang menjadi paras sokongan buat harga.

Kemudiannya, setelah data CPI diterbitkan, harga melonjak sekitar 70 pips mencapai ketinggian 1.247000.

Namun, kenaikan lebih tinggi gagal diteruskan apabila US dolar yang kembali mengukuh dalam pasaran menekan harga susut semula ke sekitar 1.24000.

Tidak habis di situ, di sesi New York pula harga kembali melantun dari paras 1.24000 mencapai semula ketinggian 1.24700 yang dicapai pada sesi sebelumnya itu.

Seterusnya, barulah harga perlahan menutup dagangan penghujung sesi New York sekitar 1.24400.

Menyambung pergerakan perlahan di sesi Asia pagi ini pula, harga meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD yang masih menunjukkan potensi untuk harga meneruskan pendakian.

Jika kenaikan harga berlaku dan ketinggian dicapai semalam berjaya diatasi, harga akan menguji pula halangan pada 1.25000.

Seterusnya, paras ketinggian minggu lalu sekitar 1.25400 pula akan menjadi sasaran berikutnya jika harga masih meneruskan lagi kenaikan lanjut.

Namun jika harga memaparkan terjunan menembusi paras sokongan semasa pada 1.24000, akan menjadi isyarat bearish kepada pelabur.

Harga boleh susut mencecah hingga sekitar 1.23000 untuk menguji zon tumpuan tersebut dan reaksi pada zon tersebut akan menjadi petunjuk pergerakan selanjutnya.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat