Biar Betul! Bitcoin Boleh Jatuh Sampai Cecah $20,000?

1,882

Lautan merah berdarah terus membadai pasaran matawang kripto yang ketika ini memberi kegusaran kepada para pelabur kripto. Adakah tragedi penurunan harga yang terjadi pada 2017 bakal berulang semula?

Baru-baru ini, JP Morgan juga ada mengeluarkan kenyataan bahawa kebanyakan pelabur institusi besar telah menjual Bitcoin mereka dan beralih kepada pasaran emas. Kenyataan beliau dikeluarkan selepas harga Bitcoin menjunam ke paras harga $30,000 dan menyaksikan pasaran emas terus membuat kenaikan.

Terdapat juga pelbagai faktor yang telah mempengaruhi pasaran kripto untuk terus membuat penyusutan dan menyebabkan kebanyakan pelabur-pelabur runcit ‘terciduk’ dan tersangkut pada paras harga yang tinggi.

Penurunan yang dibuat oleh ‘ibu’ kepada segala matawang kripto ini juga telah mendorong kebanyakan kripto lain turut serta membuat junaman ke paras terendah tahun ini.

Kejatuhan yang dilakukan oleh Bitcoin semalam menyaksikan pergerakan harga pada carta BTC/USDT melepasi paras SBR (support become resistance) sekitar paras $40,000 sebelum menutup dagangan semalam di sekitar paras harga $37,000.

Menyambung pergerakan pasaran pada hari ini, dapat dilihat Bitcoin cuba untuk membuat kenaikan sedikit dan menguji paras harga $40,000. Jika harga terus membuat kenaikan, paras harga $50,000 bakal menjadi tumpuan utama untuk ditembusi.

Namun jika harga Bitcoin terus mengekalkan corak penurunan, paras harga $25,000 bakal menjadi titik penentu sama ada bakal kembali membuat kenaikan atau bakal menguji paras ketinggian yang pernah dicapai pada tahun 2017 sekitar harga $20,000.

Setakat jam 2.30 tengahari waktu tempatan, harga Bitcoin telah membuat kenaikan melebihi 10% ke sekitar paras harga $40,000.

Lihat gambar carta matawang kripto BTC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat