Biar Betul! Ekonomi Eropah Bakal Alami Pemulihan Yang Kuat Pada Suku Ketiga?

303

Naib Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Luis de Guindos menyatakan bahawa ekonomi Eropah diramalkan akan mengalami pemulihan yang kuat pada suku ketiga tahun ini walaupun data terbaru yang diterbitkan bagi bulan Ogos dilihat kurang memberangsangkan.

Menurut de Guindos, beliau melihat bahawa pada suku ketiga terdapat peningkatan yang signifikan dalam aktiviti ekonomi, lebih-lebih lagi pada bulan Julai meskipun pada Ogos, data menunjukkan kemerosotan.

Selain itu, de Guindos juga menjangkakan bahawa kadar inflasi akan terus menurun dalam jangka masa terdekat, tetapi beliau juga mengunjurkan terdapat peningkatan semula inflasi pada tahun 2020.

Pembukaan pasaran sesi Eropah hari ini menyaksikan penerbitan bacaan akhir bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan di Zon Eropah yang menunjukkan angka yang tidak banyak berubah daripada anggaran awal yang diterbitkan pada bulan lepas.

Pertumbuhan dalam sektor pembuatan di Jerman dan Itali mengukuh ke tahap tertinggi dalam tempoh hampir 2 tahun, ketika aktiviti ekonomi kembali meningkat setelah sekatan Covid-19 diangkat semula.

Ini membantu jumlah bacaan data PMI pembuatan di Zon Eropah pada tahap positif, pada 51.7 iaitu tidak berubah daripada angka yang dianggarkan sebelum ini.

Bagaimanapun, aktiviti pembuatan di Sepanyol dan Perancis masih lemah dengan merekodkan penguncupan di bawah angka 50, sebagai petanda bahawa pemulihan masih tidak terjamin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat