Kewujudan pandemik COVID-19 memberi impak kepada seluruh industri perniagaan termasuk bisnes penerbangan.
Malah, banyak syarikat penerbangan seluruh dunia mencatatkan kerugian sekitar $63 bilion sehingga $113 bilion.
Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates memberitahu jangkaannya terhadap business travel dan waktu bekerja selepas tamat wabak ini akan dikurangkan lebih banyak berbanding yang umum jangkakan.
“Business travel akan susut lebih 50% dan lebih 30% hari bekerja di pejabat akan dihapuskan.” katanya dalam satu temubual bersama New York Times’ Dealbook.
Gara-gara koronavirus, had pergerakan terpaksa diperluaskan melalui konsep mengutamakan berkerja dari rumah terutama melibatkan urusan pekerjaan luar dan perjumpaan secara langsung.
Gates sendiri akui jadualnya sudah kurang padat kerana tiada lagi urusan perniagaan yang menuntutnya untuk merentas sempadan.
Sebelum ini, Airlines for America ada mendedahkan pengembara perniagaan di Amerika Syarikat (AS) telah menyumbang separuh daripada keuntungan syarikat penerbangan dengan hanya 30% perjalanan.
Bagaimanapun, pegawai eksekutif Microsoft, Judson Althoff pada Oktober menjangkakan business travel akan mencatat lonjakan ketika syarikat penerbangan turut berusaha pulih dari impak pandemik.