Bimbangkan Inflasi, Pelabur Institusi Tinggalkan Emas & Kembali Kepada Bitcoin (BTC)

1,546

Bitcoin (BTC) pada minggu ini menyaksikan peningkatan sebanyak 35%, melepasi paras harga $50,000 dan berjaya mencapai kembali nilai pasaran lebih $1 trilion.

Lonjakan kali ini menunjukkan isyarat positif daripada pelabur institusi yang sedang mencari pelindung inflasi.

Menurut penganalisis JPMorgan, pelabur institusi sudah mula menunjukkan kebimbangan terhadap kemunculan semula inflasi, menyebabkan mereka berminat dengan Bitcoin (BTC) sebagai pelindung inflasi:

“Pelabur institusi kembali kepada Bitcoin, mungkin kerana mereka nampak aset ini jauh lebih baik sebagai pelindung inflasi berbanding emas”.

Kenyataan ini jauh berbeza dengan laporan JPMorgan pada Mei. Ketika itu penganalisis mendakwa sejumlah besar pelabur institusi telah beralih daripada BTC kepada emas.

Dua faktor lain yang ditekankan JPMorgan termasuklah:

Firma ini bagaimanapun tidak menekankan faktor lain yang menjadi perhatian pada minggu ini iaitu kelulusan permohonan ETF Bitcoin oleh Securities and Exchange Commissions (SEC).

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $54,093, susut hampir 1% dalam 24 jam dan masih mengekalkan uptrend dengan rekod 23.22% dalam seminggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat