Bitcoin (BTC) Kembali ‘Bernafas’ Selepas Pengumuman ‘Hawkish’ Oleh Fed

1,409

Pergerakan harga Bitcoin (BTC) yang positif pagi ini menamatkan debaran keputusan mesyuarat bank pusat Amerika Syarikat (AS), Federal Reserve (The Fed) pada malam tadi.

Keputusan The Fed mahu mempercepatkan tapering atau pengurangan pembelian bon dua kali ganda bermula Januari 2022 selepas mengumumkan pengurangan $30 bilion untuk Disember, telah melonjakkan harga Bitcoin (BTC) hampir 5% setelah susut 15% sepanjang Disember.

Mengapa keputusan The Fed sangat penting?

Untuk pengetahuan, pelabur kripto mengikut rapat perkembangan mesyuarat bank pusat AS kerana Bitcoin sinonim dengan imej pelindung inflasi.

Difahamkan The Fed mahu mengurangkan pembelian bon dengan kadar $60 bilion setiap bulan sehingga dijangka tamat pada Mac 2022.

Sebelum ini pengurangan telah ditetapkan kepada $30 bilion setiap bulan sehingga ke tahun hadapan. Namun susulan daripada ekonomi yang semakin pulih, mempercepatkan kadar pembelian bon dilihat sebagai jalan terbaik.

Manakala kadar faedah pula akan dikekalkan di dalam julat antara 0% – 0.25%.

Dengan lonjakan harga BTC pada malam tadi membuktikan pelabur mungkin bimbang dengan tapering yang lebih agresif dan kadar faedah yang lebih tinggi pada tahun depan.

Pemerhatian terhadap harga BTC mendapati nilainya sedikit susut sebelum pengumuman The Fed. Tetapi ia kembali melonjak dan kini didagangkan pada kadar yang stabil.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $49,021.09, meningkat lebih 2% dalam 24 jam.

Pasaran altcoins juga tidak ketinggalan mula menunjukkan reaksi positif. Misalnya Ethereum (ETH) didagangkan pada $4,031.87, melonjak lebih 5% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat