Bitcoin (BTC) Mendukacitakan! Dimanakah Silapnya?

2,374

Sejak Bitcoin (BTC) mencatat paras tertinggi sepanjang masa (ATH) pada nilai $61,781 pada 13 Mac lalu, raja matawang kripto sudah hilang serinya walaupun pelabur cuba membawa nilainya kembali ke paras $60,000.

Pada hari ini, BTC semakin parah apabila susut di bawah $54,000 sebentar tadi.

Berdasarkan laporan, jumlah whales Bitcoin telah susut walaupun berlaku pengumpulan aset bagi wallet yang memiliki 1 BTC atau kurang sejak Mac 2018. Rekod whales yang memiliki lebih 100 BTC juga menyaksikan pergerakan yang mendatar dengan memiliki 62.6% daripada bekalan, menunjukkan peningkatan sekadar 0.87% sejak lebih 12 bulan.

Pada masa yang sama, pemindahan lambakan BTC daripada pelabur long-term kepada pembeli baru sedang berlaku.

Manakala laporan mingguan Digital Asset FundFlows, menjelaskan perdagangan bagi produk pelaburan Bitcoin telah susut kepada $713 juta setiap hari pada minggu lepas, berbanding $1.1 bilion setiap hari pada 2021.

Aliran masuk bagi pelaburan Coinshares di Amerika Syarikat (AS) semakin perlahan dan di Eropah dan Kanada terus berlanjutan.

Penyedia analitik, Glassnode juga bersetuju dengan pendapat salah seorang pelombong Bitcoin terbesar China, Jiang Zhuoer terhadap bullish yang akan berakhir pada September ini, secepatnya.

Pengurus pelaburan, Timothy Peterson ada memberitahu penurunan jumlah whales adalah perkara biasa tetapi tidak selalu berkait dengan pasaran bearish. Jangkaannya harga Bitcoin mungkin boleh susut sehingga $25,000.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $54,226, susut 5.94% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat