Bitcoin, CBDC Punca Perselisihan Antara Presiden Argentina & Pengerusi Bank Pusat

248

Presiden Argentina, Alberto Fernandez ketika ditanya tentang pertimbangan terhadap matawang digital bank pusat (CBDC) atau mengikut jejak langkah El Salvador menjadikan Bitcoin (BTC) sebagai tender sah, figura itu menjelaskan: “Tiada sebab untuk mengatakan tidak. Mungkin itu adalah jalan yang terbaik.”

Tambahnya lagi, aset digital menawarkan kelebihan iaitu mengurangkan impak inflasi.

Berdasarkan rekod oleh Bloomberg’s World Misery Index, ekonomi Argentina merupakan kedua terburuk di dunia ketika bekas presiden dan ahli perniagaan, Mauricio Macri melepaskan jawatannya kepada Fernandez.

Data kerajaan menunjukkan bahawa 100 peso ketika Macri meninggalkan kerajaan pada 2019 bernilai setara dengan 661 peso pada hari ini.

Bagaimanapun, Fernandez masih ada rasa skeptikal dan mahu pendekatan sektor kripto dilakukan tanpa terburu-buru memandangkan ia merupakan industri yang masih ‘muda’.

Pada masa yang sama pengerusi bank pusat Argentina, Miguel Pesce berpendapat sebaliknya, menolak mentah pendedahan aset digital kerana menganggap ia sebagai aset yang merosakkan kestabilan ekonomi.

Jikapun berlaku perkembangan sektor kripto di negara itu, Pesce mencadangkan perundangan yang ketat.

Begitu juga CBDC, Pesce menentang sepenuhnya terhadap idea pembangunan matawang tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat