Bitcoin jatuh di bawah $11,000 pada Isnin selepas mencapai harga $11,800 pada Ahad. Untuk rekod Bitcoin hanya bermula pada harga $1,000 pada awal 2017.
Matawang-Crypto didagangkan 24 jam sehari selama 7 hari seminggu tanpa henti. Bitcoin mencapai paras $11,799.99 di pusat tukaran berpangkalan di Luxembourg, Bitstamp.
Sehingga kini penyebab kenaikan masih belum jelas dan ia dilihat sebagai penyertaan pelabur-pelabur baru ke pasaran ini dengan penyedia platform dagangan melaporkan pendaftaran melonjak tinggi sejak seminggu lepas.
Minggu lalu, Wallstreet Journal melaporkan bursa kedua terbesar dunia, National Association of Securities Dealers Automated Quotations (Nasdaq) akan manawarkan niaga-hadapan (futures) Bitcoin seawal pertengahan tahun depan. Sebelum ini Chicago Mercantile Exchange (CME) dan CBOE juga dilaporkan akan memasukkan niaga-hadapan (futures) bitcoin hujung tahun ini.
Terkini CME Group berkata akan melancarkan niaga-hadapan (futures) Bitcoin pada 18 Disember.
Penganalisis berkata pengumuman NASDAQ pada Jumaat telah menambah sentimen positif kepada pasaran matawang-Crypto.
“Kenaikan harga tercetus dengan media kini semakin tertarik dengan CME yang akan melancarkan niaga-hadapan (futures),” kata Charles Hayter pengasas data analisis Cryptocompare.
Penganalisis di Think Markets Naeem Aslam berkata laporan bahawa Britain mahu meningkatkan regulasi Bitcoin dan matawang digital yang lain dengan memerlukan pedagang menunjukkan identiti mereka dan melaporkan aktiviti yang meragukan, telah menghumban Bitcoin dari paras tertinggi.
Tetapi ada yang mengatakan regulasi yang lebih ketat akan membantu kenaikan matawang digital.
“Regulasi hanya akan mempercepatkan kadar pertumbuhan Bitcoin kerana kredibiliti yang semakin tinggi dan juga menambah kepercayaan,” kata Nicholas Gregory CEO CommerBlock.