Bitcoin Juga Tenggelam Disebabkan Trump!

207

Seluruh pasaran bagaikan dilanda ribut apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan penangguhan rundingan rangsangan sehingga tamat pilihan raya presiden pada November ini.

Jangan disangka hanya US dolar susut, menanggung tempiasnya kerana matawang digital Bitcoin (BTC) juga berhadapan dengan penyusutan yang dahsyat.

Hanya melalui kicauan Twitter figura itu, BTC susut sehingga $200 sebelum melonjak sedikit dan bertahan pada harga $10,577.

Semalam Trump telah memuatnaik satu kicauan, menuduh Nancy Pelosi membuat rundingan yang licik, menolak tawaran $1.6 trilion dan meminta $2.4 trilion bagi menyokong matawang yang lemah, kadar jenayah yang tinggi, negara demokrat yang sama sekali tidak berkaitan dengan isu COVID-19.

Justeru, Trump menangguhkan rundingan tersebut sehingga tamat pilihan raya.

Presiden itu turut menyatakan jika kemenangan berpihak kepadanya, beliau akan meluluskan pakej ransangan yang menfokuskan kepada perniagaan kecil-kecilan di negara itu.

Penyusutan Bitcoin membuktikan harga aset digital itu masih bertindak balas seiring dengan perubahan pasaran utama, sekurang-kurangnya perubahan terhadap berita berkaitan fiskal utama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat