Matawang Utama Menjunam Teruk, Ini Semua Sebab Trump!

917

Dagangan US dolar kembali melonjak setelah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump secara tiba-tiba menghentikan rundingan mengenai rangsangan ekonomi yang bernilai $2.2 trilion dengan Demokrat.

Pasaran baru sahaja menarik nafas lega setelah Trump kembali ke White House setelah menerima rawatan untuk coronavirus di hospital.

Bagaimanapun, keputusan mengejutkan Trump untuk menghentikan rundingan rangsangan sehingga selepas pilihan raya presiden 3 November telah mendorong kebanyakan matawang utama menjunam lebih rendah.

Trump telah menuduh Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi tidak berunding dengan niat baik.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama didagangkan menguat pada 93.85.

Antara matawang yang paling terjejas adalah dolar Aussie dan dolar New Zealand.  Dolar Aussie sebelum ini telah dilemahkan oleh prospek bahawa Reserve Bank of Australia (RBA) akan menurunkan kadar faedah pada mesyuarat polisi bulan depan.

Dagangan euro yang pada awalnya melonjak pada paras ketinggian 2 minggu kembali menjunam berikutan peningkatan semula US dolar.

Sementara matawang pound pula susut setelah ditekan oleh laporan yang menunjukkan bahawa Kesatuan Eropah (EU) tidak mempunyai rancangan untuk menawarkan konsesi kepada UK menjelang tarikh akhir Perdana Menteri Boris Johnson pada 15 Oktober.

Sebaliknya, EU sedia untuk melanjutkan perbincangan sehingga pertengahan November dan mengambil risiko no-deal Brexit daripada beralah dalam isu persaingan dan hak perikanan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat