Bitcoin Suluhkan Sinar Untuk Ethereum Raih Keuntungan 20%

276

Lonjakan Bitcoin (BTC) sejak beberapa hari lalu telah memberi impak positif kepada Ethereum (ETH) dan kebanyakan altcoin.

Ketika ETH memanjat carta, ada potensi untuk para pelabur mengalihkan modal terhadap aset Ethereum dan altcoin lain, bertujuan untuk mengatasi penanda aras kripto.

Penganalisis yakin ETH akan meraih keuntungan 20% mengatasi BTC ketika aset Satoshi Nakamoto melonjak.

Bagaimanapun, penolakan harga BTC pada $23,700 semalam sebenarnya telah ‘membantu’ harga ETH untuk ke paras yang lebih tinggi.

Ini membuktikan kelemahan Bitcoin memberi keuntungan kepada altcoin.

Pelabur turut menjelaskan ada isyarat positif bagi pasangan matawang ETH/BTC yang mana kemungkinan minggu ini berakhir dengan penutupan pada 20% atau lebih.

Ketika penulisan ETH didagangkan pada $646, melonjak 0.38% dalam 24 jam daripada nilai sebelumnya, $628.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat