Bitcoin: Tindakan CME Group Ini Mampu Mengubah Persepsi Dunia Terhadap Matawang Crypto

103

Bitcoin mendapat pemangkin baru apabila salah satu operator pasaran hadapan (futures market) mahu melancarkan niaga-hadapan Bitcoin (Bitcoin futures). CME (Chicago Mercantile Exchange) kini menunggu kelulusan daripada regulator di Amerika Syarikat.

Kontrak Bitcoin ini akan dibayar menggunakan tunai berdasarkan ‘CME CF Bitcoin Reference Rate’ (BRR). Harga rujukan Bitcoin ini juga akan dikeluarkan sehari sekali dan dinilai dalam US Dolar. Niaga-hadapan Bitcoin (Bitcoin Futures) akan disenaraikan dan ia dikawal selia dan termaktub di bawah peraturan CME.

Sejak November tahun lepas, CME Group dan Crypto Facilities Ltd (sebuah bursa niaga-hadapan berpangkalan di United Kingdom) mengira dan menerbitkan BRR setiap hari.

“Dengan permintaan pelanggan yang semakin tinggi dalam pasaran matawang Crypto, kami memutuskan untuk memperkenalkan kontrak niaga-hadapan Bitcoin,” kata Terry Duffy, Pengerusi CME Group yang juga ketua pegawai eksekutif.

Pelancaran produk Bitcoin oleh institusi pertukaran (Exchange Instituion) yang dikawal selia akan membantu matawang-matawang Crypto agar diterima umum. Beberapa pusat tukaran (exchange) sebelum ini telah didakwa membuat penipuan sekaligus menimbulkan persepsi negatif terhadap matawang Crypto.

Selepas tersebarnya berita ini, Bitcoin melonjak sekali lagi ke paras tinggi terbaru melebihi $6,400 pada Selasa. Ketika ini, setakat awal pembukaan pasaran Eropah pada Rabu, Bitcoin bergerak di sekitar $6,441.

Kenaikan nilai Bitcoin sebenarnya mengundang persepsi yang berbeza di Wallstreet.

Majoriti institusi perbankan dunia menyokong penggunaan Blockchain bagi memperbaiki proses jual-beli. Namun, beberapa bank menentang penggunaan matawang Crypto sebagai medium jual-beli, kerana ia tidak dijamin oleh kerajaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat