Bitcoiners Teruja Trump Mahu Beri Pengampunan Kepada Pengasas Silk Road

382

Menerusi satu laporan terbaru, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercadang untuk memberi pengampunan kepada pengasas Silk Road, Ross Ulbricht yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Ketika tiada kata putus diberi, ibu Ross, Lyn Ulbricht meluahkan harapannya untuk melihat anaknya menerima peluang kedua.

Untuk pengetahuan, Silk Road merupakan sebuah pasaran gelap atas talian yang mula mendapat perhatian pada 2011 sebelum dipadam oleh FBI pada 2013. Ia sangat sinonim dengan sektor kripto susulan daripada sebarang transaksi di platform tersebut menggunakan Bitcoin (BTC).

Pengenalan Silk Road kepada dunia mendorong lonjakan harga Bitcoin kepada $130 daripada $1 dan melalui satu artikel berkenaan Silk Road telah membawa nilai syiling itu meningkat dua kali ganda dari $18 sehingga lebih $30.

Pada November, sebanyak $1 bilion aset Bitcoin dari akaun Silk Road telah dirampas AS selepas seorang hacker berjaya menggodam laman web tersebut dan mencuri matawang itu.

Ketika Ross masih menjalani hukuman atas 7 pertuduhan termasuk pengedaran dadah, pengubahan wang haram dan jenayah-jenayah lain, keputusan Trump disokong oleh komuniti Bitcoin.

Pengasas Institut Satoshi Nakamoto, Michael Goldstein menyifatkan keputusan Trump sebagai tindakan yang mengembalikan keadilan.

Goldstein memuatkan satu kicauan di laman Twitter semalam, “Siasatannya tidak berasas, penahanannya jelas kejam dan tidak adil, manakala paparan media mengenainya tidak dapat dimaafkan.”

Sehingga semalam petisyen dalam talian telah berjaya mengumpul sebanyak 365,572 undian.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat