BOC Ambil Tindakan Drastik, Dolar Kanada ‘Spike’!

318

Seperti dijangkakan secara meluas, Bank Pusat Kanada (BOC) mula mengambil langkah untuk mengetatkan dasarnya pada mesyuarat polisi sesi April, dengan mengurangkan pembelian bon kerajaan mingguan sebanyak $1 bilion.

Penurunan ini menepati ramalan pasaran sebelum ini yang mengatakan pembelian bon akan berkurang menjadi $3 bilion, dari kadar semasa $4 bilion.

Dengan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 0.25%, bank pusat turut memberi petunjuk untuk menaikkan kadar pada suku kedua tahun 2022, berbeza daripada sebelum ini yang mengatakan akan meningkatkannya pada 2023.

Susulan daripada keputusan ini, dolar Kanada melonjak lebih 1% berbanding US dolar, membawanya ke paras tertinggi satu bulan, dengan mencatatkan kenaikan terbesar sejak Jun 2020.

BOC juga meningkatkan ramalannya terhadap pertumbuhan ekonomi pada tahun ini sebanyak 6.5% dari 4% dijangkakan sebelum ini. Sementara pada tahun 2022, ekonomi dijangka meningkat 3.7% dan tahun 2023, 3.2%.

Selain mesyuarat polisi BOC, pelabur juga diperlihatkan dengan penerbitan data inflasi Kanada yang menunjukkan kadar inflasi tahunan meningkat dua kali ganda sebanyak 2.2% pada bulan Mac.

Dalam ramalan terbaru, bank pusat menjangkakan inflasi akan meningkat di atas sasaran, dan turun semula pada 2% pada separuh kedua tahun ini, sebelum susut lagi pada separuh pertama 2022, dan seterusnya berada di sekitar 2% pada separuh kedua tahun depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat