Jika Anda Trade USD/CAD, Jom Baca Sini Dulu!

508

Menjelang mesyuarat polisi Bank Pusat Kanada (BOC) pada malam ini, desas desus yang mengatakan bank akan mula mengurangkan pembelian bonnya semakin jelas kelihatan.

Susulan daripada petunjuk yang telah diberikan sebelum ini oleh BOC, Gabenor Tiff Macklem dijangka bakal menurunkan pembelian bon kerajaan mingguan bank pusat menjadi $3 bilion, dari kadar semasa $4 bilion.

Para pembuat dasar juga mungkin memberi petunjuk sama ada mereka akan terus dengan pendirian mereka untuk mengekalkan kadar faedah sehingga sekurang-kurangnya tahun 2023.

Bagaimanapun, situasi semasa Covid-19 di Kanada mungkin akan membebankan BOC untuk membuat keputusan ini.

Kes Covid-19 melonjak di Kanada, dengan mengatasi AS dalam kes baru per kapita minggu lalu. Kawasan yang mempunyai penduduk paling ramai di Kanada, berada dalam keadaan terkurung dengan sekatan yang baru dikenakan pada hari Selasa.

Sementara di Ontario, yang turut merangkumi Toronto, penduduk diperintahkan untuk ‘duduk di rumah’ dan hanya keluar untuk tujuan penting sehingga sekurang-kurangnya 20 Mei.

Sekatan yang meluas ini dijangka akan melambatkan pemulihan dan boleh menghalang BOC untuk mengurangkan rangsangan sebelum waktunya.

Walau bagaimanapun, sekiranya BOC mengurangkan pembelian bonnya, Kanada akan menjadi yang pertama dari negara G7 yang mengetatkan dasarnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat