BoE Menepati Jangkaan Pasaran Dengan Mengekalkan Kadar Faedah 0.50%

902

Bank of England (BoE) mengekalkan kadar faedahnya pada Khamis di paras 0.50% dengan undian 0-0-9 di mana kesemua ahli MPC (Monetary Policy Committee) mengundi untuk kadar faedah dikekalkan sama seperti mesyuarat Disember tahun lalu.

Selain itu, ahli-ahli MPC juga bersetuju untuk mengekalkan program pembelian aset pada amaun £435 billion dan juga mengekalkan pembelian bon korporat sebanyak £10 billion.

Matawang GBP melonjak selepas polisi diumumkan sebentar tadi dengan pasangan matawang GBP/USD naik sehingga lebih 140 pip. Pasangan matawang GBP/JPY pula naik sehingga 150 pip setakat pukul 8.08 malam.

Apa yang menyebabkan lonjakan ini adalah kemungkinan BoE menaikkan kadar faedahnya lebih awal dan juga ramalan pertumbuhan ekonomi yang dinaikkan kali ini.

Data-data ekonomi yang dikeluarkan sejak mesyuarat terakhir pada Disember agak bercampur-campur di mana ahli MPC turut mengekalkan kadar faedah dengan undian 0-0-9.

BoE menaikkan kadar faedahnya buat pertama kali pada November 2017 sejak lebih dari sepuluh tahun. Namun, BoE dilihat menaikkan kadar faedah dengan nada yang ‘dovish‘ ketika itu apabila mengatakan kenaikan kadar faedah selepas ini adalah secara beransur-ansur dan terhad dalam usaha menstabilkan inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat