Bom ATOM Meletop Di Bulan, Catat Paras Tertinggi Terbaru Lagi!

678

Cosmos, digelar sebagai “internet blockchain” mempunyai objektif utama untuk meningkatkan interoperabiliti antara semua blockchain dalam rangkaiannya.

Sejak kebelakangan ini, Cosmos telah menarik perhatian dari beberapa pelabur kerana telah menyaksikan peningkatan yang agak mengagumkan dalam pasaran.

Sesi dagangan bulan September, Cosmos telah mempamerkan pergerakan harga yang drastik menghasilkan 157% lonjakan mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru $44.80 pada sesi dagangan hari ini (Isnin).

Pada asasnya, blockchain Cosmos sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan DeFi dimana pada bulan lalu telah melancarkan ‘user interface’ yang berfungsi untuk DeFi yang dipanggil Emeris.

Ia membolehkan pengguna mengakses sejumlah protokol cross-chain DeFi di rangkaian Cosmos dan memperdagangkan aset dengan mudah.

Dapat dilihat pada carta ATOM/USDT, setelah mencatatkan ATH terbaru pada beberapa jam yang lalu, ATOM dilihat tidak dapat mengekalkan pergerakan harga yang konsisten.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga dilihat sedang menyusut dan sedang berlegar-legar diatas paras RBS (resistance become support) $38.

Sekiranya pergerakan harga kekal dengan rentak penurunan, paras RBS $38 tersebut perlu diuji terlebih dahulu samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.

Sebaliknya jika harga ATOM kembali membuat rentak kenaikan, paras resistance $44 bakal menjadi sasaran untuk diuji kembali sebelum membuat lonjakan yang lebih tinggi dan membuat ATH terbaru.

Semasa penulisan, ATOM didagangkan pada harga sekitar $40 melonjak lebih 2% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada dikedudukan ke-20 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto ATOM/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat