BR1M Tidak Lulus? Ini Saranan Menteri Kewangan Kedua

183

Sejumlah 6,320,769 permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2017 telah diluluskan, kata Kementerian Kewangan. Dalam kenyataannya pada Selasa bantuan ini juga melibatkan pemberian sebanyak RM 5.41 billion.

“Kepada mereka yang gagal dalam permohanan BR1M 2017 akan menerima emel atau surat yang menjelaskan sebabnya dan cara untuk membuat rayuan,” tambah kementerian tersebut.

Memetik dari Bernama, Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani menafikan dakwaan yang kini tular di laman sosial kononnya pemohon yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak layak mendapat bantuan itu.

“Sesiapa yang mendaftar BR1M, tak kira ada SMM ke tiada SSM, sepatutnya dapat bantuan ini kalau pendapatan di bawah RM4,000.

“Saya beri jaminan bahawa isi rumah yang berpendapatan bawah RM4,000 dan individu bujang yang bergaji RM2,000 ke bawah akan dapat BR1M… kalau siapa tak dapat, saya nak tahu,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Menurutnya beliau telah memaklumkan kepada pihak LHDN supaya tidak menyukarkan urusan permohonan bantuan itu.

“Mereka yang mempunyai pendapatan bawah RM4,000 perlu dibantu. SSM memang untuk menggalakkan masyarakat berniaga, cuma pemohon BR1M perlu sertakan sekali slip bayaran gaji dan atau penyata bank.

“Kalau dua-dua itu tak ada, mereka perlu beri salinan buku akaun simpanan,” katanya.

Dalam kes permohonan tidak lulus yang disebabkan oleh SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia), pemohon tidak perlu membuat rayuan kepada SSM, sebaliknya terus ke LHDN (Lembaga Hasil dalam Negeri) semasa tempoh rayuan (03 April-31 Mei) untuk mengesahkan maklumat tentang pendapatan pemohon tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat