Brazil Isytihar Perang Dengan Huawei!

1,333

Pentadbiran Brazil yang dipimpin oleh Presiden Jair Bolsonaro dilaporkan sedang mencari tindakan sah untuk menggugurkan pengeluar peralatan telekomunikasi China, Huawei dari rangkaian 5G di negara itu.

Keputusan presiden itu dikaji oleh penasihat keselamatan negara, Augusto Heleno dan kementerian komunikasi bertanggungjawab meneliti peruntukan keselamatan yang wajar dipatuhi oleh firma tersebut bersama pembekal mereka.

Dalam diam rupanya Bolsonaro bersetuju dengan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menuduh Huawei mencuri maklumat pengguna untuk China’s Communist selepas United Kingdom (UK) mengumumkan sekatan Huawei bermula 2021.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak disokong sepenuhnya oleh pentadbiran termasuk Timbalan Presiden, Hamilton Mourão memandangkan Brazil merupakan rakan perdagangan terbesar China.

Tindakan ini berpotensi mewujudkan perbalahan undang-undang bersama syarikat telekomunikasi yang telah menggunakan peranti Huawei, sekaligus menolak sekatan terhadap firma China kerana akan menyebabkan mereka terpaksa beralih kepada teknologi yang lebih mahal.

Kebanyakan firma telekomunikasi di Brazil menggunakan peranti Huawei dalam rangkaian 3G dan 4G. Menurut Conexis, firma Vivo yang dimiliki oleh Telefonica Brasil menggunakan 65% peranti Huawei dalam rangkaian mereka. Manakala Claro menggunakan 55%, Oi (60%) dan TIM (45%).

Terdapat sumber lain menyatakan pentadbiran itu akan menyingkirkan pembekal yang tidak tersenarai di pasaran saham Bovespa yang mana turut memberi kesan kepada firma lain.

Pada bulan lalu Brazil telah memberi sokongan dalam Clean Network, satu inisiatif mengumpulkan negara-negara lain untuk turut menyekat pertumbuhan teknologi China dalam rangkaian 5G di seluruh dunia.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat