BRICS Tambah 6 Ahli Baru, Termasuk Arab Saudi & Iran!

1,503

Para pemimpin BRICS bersetuju untuk menambah ahli baru dengan menjemput Arab Saudi dan beberapa negara lain dalam usaha mengembangkan lagi pengaruh globalnya.

Perkara tersebut disampaikan oleh Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa dalam satu ‘post’ di platform media sosial X pada hari Khamis.

Difahamkan, enam negara iaitu Argentina, Mesir, Ethiopia, Iran, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan dijemput untuk menjadi ahli BRICS mulai 1 Januari 2024.

Keputusan tersebut telah dicapai pada sidang kemuncak tahunan BRICS ke-15 yang sedang berlangsung di Johannesburg minggu ini.

Ia juga akan menjadi pengembangan pertama perikatan tersebut sejak tahun 2010.

Perluasan kumpulan kuasa pasaran baru muncul boleh membantu meningkatkan kekuatan globalnya dan mengatasi dominasi G7.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat