Britain Bakal Kehilangan 215,000 Lagi Pekerja Angkara Hard Brexit!

48

Britain bakal kehilangan lebih 215,000 orang pekerja dalam sektor pembinaan dan infrastruktur industri jika Kesatuan Eropah mengetatkan kawalan imegresen yang terkandung dalam rundingan Brexit.

Menurut firma perundingan Arcadis dalam satu laporan kepada Business Insider, Brexit bakal menambah tekanan kepada pekerja-pekerja bagi sektor infrastruktur di Britain jika Brexit diteruskan.

Firma perundingan Arcadis berkata sekiranya hard Brexit diteruskan, sektor pembinaan industri di sana boleh kehilangan sejumlah besar pekerjanya, sama seperti jumlah bilangan penduduk yang mendiami bandar Luton.

Sistem imigran yang lebih ketat akan menyukarkan pekerja binaan asing untuk memasuki negara ini. UK juga akan mengalami kesukaran untuk menggantikan jumlah yang agak besar ini kerana kekurangan kemahiran dalam sektor penting ini

Sektor pembinaan di British telah lama bergantung kepada tenaga kerja dari luar untuk beberapa tahun terdahulu dan tanpa sebarang kawalan yang agak ketat. Justeru, tidak kira Soft Brexit mahupun Hard Brexit, ia tetap akan meninggalkan tekanan buat sektor perindustrian di negara ini.

Sumber : Business Insider
Sumber : Business Insider

Menurut James Bryce, Pengarah Perancangan Tenaga Kerja di Arcadis, kehilangan lebih 200,000 pekerjaan dalam sektor ini akan menyebabkan kenaikan kos untuk perniagaan. Rangkaian pengangkutan yang lebih banyak juga diperlukan bagi menyelesaikan kerja yang tertangguh.

Britain telah mengundi Brexit sejak 23 Jun yang lalu. Setelah Theresa May mencetuskan Pasal 50, Britain perlu melengkapkan proses keluar sekurang-kurangnya selama dua tahun sebelum keluar secara rasmi dari Kesatuan tersebut. Namun hubungan Britian dan EU kekal baik walaupun selepas referendum.

May tidak mahu memberikan ulasan lanjut sepanjang rundingan Brexit berjalan, tetapi Britain seolah-olah akan berdepan dengan kawalan imegresen yang lebih ketat dan kesukaran akses kepada pasaran tunggal EU.

Ketua Perunding Brexit di Parlimen Kesatuan Eropah iaitu Guy Verhofstadt berkata rundingan yang sedang dijalankan dianggap sebagai tidak masuk akal.

Jika memilih untuk keluar dari kesatuan tersebut, UK akan kehilangan kebebasan bagi aliran keluar masuk pekerja.

Selepas secara rasminya keluar daripada lingkungan tersebut, individu yang akan datang ke UK perlu mematuhi sistem penggredan untuk diberikan visa untuk menetap dan bekerja di UK. Mata akan diberikan berdasarkan keupayaan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris, kemahiran individu, kuasa pendapatan dan pelbagai lagi faktor lain termasuk umur.

Menurut Bryce di Arcadis lagi, sama ada memilih jalan soft mahupun hard Brexit, Britian perlu kembali menguasai sektor perindustrian dan pembinaan melalui proses latihan.

Latihan di kolej dan sekolah juga merupakan salah satu cara untuk mendapatkan semula kawalan dalam kedua-dua sektor ini. Namun begitu, cara ini akan memakan masa yang lama. Bagi jangka masa pendek, penggunaan tenaga khususnya penganggur perlu dikerah sepenuhnya bagi memberi manfaat kepada industri sedia ada.

Moshed.com Mengulas Secara Terperinci Perbezaan diantara Hard Brexit dan Soft Brexit

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat