Britain Bukan Sahaja Akan Kehilangan EU, Malahan “Lebih Dari Itu” Angkara Brexit! : Diplomat EU

62

Diplomat tertinggi EU iaitu Federica Mogherini berkata pada Khamis bahawa keputusan Britain untuk meninggalkan blok bukan sahaja menyebabkan Britain kehilangan Kesatuan Eropah, malahan lebih dari itu. Beliau juga menyifatkan bahawa rundingan Brexit akan menjadi sukar.

Perdana Menteri, Theresa May secara rasminya telah memulakan rundingan bagi melangkah keluar daripada blok pada bulan lepas dan menegaskan bahawa Britain tidak akan berpatah balik. Tindakan tersebut dikatakan akan menjadi rumit disamping meletakkan Britain ke dalam risiko yang sukar untuk dijangka.

Britain kini mempunyai dua tahun untuk mengadakan rundingan terhadap syarat-syarat penceraian sebelum kesemua syarat itu mula berkuatkuasa akhir Mac 2019 nanti.

Semasa mengadakan lawatan ke Beijing, beliau yang turut memegang jawatan sebagai Ketua Dasar Luar EU itu menyifatkan bahaw rundingan akan menjadi sukar dan EU bakal kehilangan salah sebuah negara yang amat penting untuk blok.

Namun begitu, Britian bukan sahaja akan kehilangan rakan anggota yang bernaung di bawah EU, malahan negara-negara yang turut bekerjasama dengan blok terbabit.

Proses rundingan akan dimulakan pada Jun selepas parlimen meluluskan permohonan May untuk menjalankan pilihanraya UK dengan lebih awal iaitu pada 8 Jun ini.

Beliau juga merasakan bahawa rundingan tersebut tidak akan dapat dicapai lebih cepat daripada tempoh dua tahun.

China juga dikatakan agak bimbang dengan proses Brexit memandangkan China merupakan rakan dagangan terbesar buat EU. China juga dikatakan bakal kehilangan sebahagian besar daripada sumber pengeluaran apabila Britain meninggalkan EU.

Namun, walaupun tanpa kehadiran UK, EU akan kekal menjadi pasaran terpenting dan ekonomi kedua terbesar di dunia.

AUD dan NZD Mencatat Lonjakan Selepas Pengumuman Data Positif Dari New Zealand

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat